Diplomasi | China gantung perkhidmatan visa Korea Selatan

2023-01-11 0

China semalam umum penggantungan perkhidmatan visa jangka pendek untuk rakyat Korea Selatan sebagai tindak balas terhadap peraturan kemasukan COVID-19 Seoul.

Agensi Berita Yonhap melaporkan, kedutaan China di Seoul mengumumkan keputusan itu dengan memetik arahan dari Beijing agar kedutaan dan konsulatnya menghentikan pengeluaran visa termasuk lawatan untuk tujuan perdagangan, pelancongan dan perubatan.